Shafie Apdal Jatuh Ke Laut, Jeti Runtuh di Kampung air Pulau Selakan, Semporna

Shafie bersama rombongan pengiring terjatuh ke dalam laut selepas jeti yang dilalui runtuh di Kampung Pulau Selakan, Semporna.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Shafie Apdal Jatuh Ke Laut, Jeti Runtuh Di Kampung Air

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terjatuh ke laut selepas jeti kayu runtuh di perkampungan air di Sabah.

Ahli Parlimen Semporna yang bersama beberapa pengawal peribadinya turut terjatuh ke laut di Kampung Pulau Selakan, Semporna bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.


Penduduk kampung dan orang awam yang melihat kejadian itu segera mengangkat beliau, manakala sebuah bot dihantar untuk membawa Shafie dengan selamat.

Picture
Jeti runtuh, Shafie Apdal jatuh ke laut tetapi tidak cedera

Insiden berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu sewaktu Shafie tiba di perkampungan air tersebut untuk merasmikan sebuah majlis rakyat dan menyerahkan kunci kepada enam pemilik kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sana.


Bagaimanapun, Shafie terus merasmikan program itu selepas menukar pakaian yang dibawanya.

Laluan jeti sepanjang kira-kira dua meter itu dikatakan roboh dan dipercayai terlalu berat untuk menampung sejumlah besar rombongan.

Picture
Berikut merupakan komen MP Semporna tersebut mengenai insiden Jatuh dari Jeti tersebut:

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya apabila berita tentang saya terjatuh ke dalam laut apabila jeti yang kami lalui runtuh tersebar. Alhamdulillah saya selamat dan tiada sebarang kecederaan dan terima kasih semua atas doa dan semoga Allah SWT merahmati kita sepanjang masa.

Adalah menjadi kebiasaan apabila saya pulang ke kawasan untuk hadir ke program-program yang telah diatur, ramai yang mengiringi perjalanan saya. Kebetulan struktur jeti tersebut tidak berapa kukuh untuk menampung semua orang dalam satu-satu masa.


Ada juga kata-kata yang kurang enak didengar dan ada juga yang mentertawakan di laman-laman sosial, tetapi saya anggap itu perkara biasa, lumrah dalam politik. Saya doakan agar mereka ini diampunkan dosa dan diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Tidak lama dulu, memang menjadi amalan saya untuk melawat kampung-kampung dan cuba membantu dan melengkapkan mana-mana keperluan penduduk kampung yang sentiasa perlukan perhatian. Masih banyak lagi keperluan orang-orang kampung di luar bandar khususnya yang perlu bantuan serta perhatian serius kerajaan.


Sehingga ke saat ini pun, saya masih lagi dan akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen saya untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera.

Dalam masa yang sama, sama-samalah kita berdoa agar Malaysia terus maju membangun dan sentiasa dilindungi Allah SWT.


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

2 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Alhamdulillah...selamat
    Buat jetty yg kukuh baru.

    ReplyDelete
  2. Ermm..dah roboh elok la tu..nanti dia ganti ngan jambatan concrete..insyaAllah..hati mulia Beliau ni

    ReplyDelete