Kita dikejutkan dengan pemergian seorang lagi permata seni Sabah, apabila beliau dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.50 pagi (25/1/2016) di Hospital Keningau.
Hari ini (25/1/2016), negeri Sabah kehilangan seorang tokoh & lagenda yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan industri muzik tempatan.Beliau merupakan bapa kepada penyanyi rap tempatan KDM di Sabah, Atama.
Nama Ambrose Mudi nama yang lebih dikenali Cikgu Ambrose Mudi telah pergi meninggalkan kita jam 8:50a.m di Hospital Keningau.
Karya dan seni arwah menjadi sejarah bagi kita di Sabah.
Beliau seorang guru dan pejuang seni yang tiada tolok bandingnya. "Nung Nailan ku da, Kada mombit-kombit, Aiso keruhang modop" antara lagu-lagunya yang masih diminati ramai sehingga kini.
Satu kehilangan besar seorang pejuang seni lagu-lagu KDM.
Mendiang akan dibawa balik ke rumahnya di Kampung Galiung, Tambunan.
SOS mengucapkan Salam Takziah khusus buat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan mendiang arwah En. Ambrose Mudi daripada kami di Sabahupdate serta seluruh peminat beliau
REST IN PEACE Uncle Ambrose Mudi..Amen..
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق