Sabah tumpaskan Brunei 2-0 di Kompleks Sukan Tawau

Kesebelasan utama pasukan Sabah menentang Brunei. Marco Tulio memberi Sabah gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-14. Alto Linus memberi Sabah gol kedua menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-62. Kredit : Sabah Football Association
Badak Kejutkan Brunei di Tawau

TAWAU : Pasukan Sabah kejutkan pasukan pilihan Brunei 2-0 dalam pertandingan tiga penjuru jemputan SAFA Tawau dalam satu perlawanan yang berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Tawau.

Marco Tulio Lopes Silva mencatat nama sebagai penjaring pertama Sabahrhinos melalui satu sepakan penalti yang mudah disempurnakan pada awal permainan minit ke-14.

Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun pasukan Sabahrhinos garang menghukum pertahanan Brunei melalui pemain pertahanan kiri, Alto Linus yang melakukan satu rembatan padu dari luar petak penalti pada minit ke-62.

Sebanyak tiga pasukan yang bertanding dalam kejohanan pendek ini dan satu pasukan lagi adalah Felda United, pasukan yang bermain di Liga Super.

Skuad bimbingan Vjeran Simunic ini akan bertemu dengan Felda United pada hari ahad ini di venue yang sama di kompleks sukan Likas.

Sementara itu malam ini akan berlangsung perlawanan di antara Felda United menentang Brunei.

Kepada penyokong pasukan Sabah yang tinggal berhampiran jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan Sabah.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.