Remaja Pengaruh Dadah Sebabkan Kematian Guru Wanita Di Kundasang Dipenjara 6 Tahun

Kes Bunuh Guru Wanita di Kundasang, Mahkamah putuskan pesalah juvana itu dipenjara enam tahun dikenakan penjara enam tahun atas faktor pesalah muda dan tertuduh dalam pengaruh dadah semasa kejadian

Remaja Sebabkan Kematian Guru Wanita Di Kundasang Dipenjara 6 Tahun

KOTA KINABALU: Seorang pesalah juvana yang menyebabkan kematian seorang guru wanita, dikenakan penjara enam tahun, oleh Mahkamah Tinggi di sini.


H
akim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun, yang mana kelmarin laporan sosial dikemukakan.

Sebelum ini, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tempoh 30 tahun serta denda.

Tertuduh yang berusia 17 tahun pada waktu kejadian, menyebabkan kematian Masinah Samadi, 50, pada 3 Oktober tahun lalu jam 1.14 pagi, di sebuah kuarters, Kundasang, Ranau.


Dalam pada itu, semasa laporan akhlak dikemukakan, pegawai dari Jabatan Kebajikan mencadangkan tertuduh dimasukkan ke sekolah Henry Gurney.


Semasa rayuan, peguam Luke Ressa Balang memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh, atas faktor pesalah muda dan tertuduh dalam pengaruh dadah semasa kejadian.


“Tertuduh merupakan pesalah muda dan tempoh hukuman yang lama memberikan kesan kepadanya, yang mana seharusnya diberikan peluang,” katanya.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwar Raya Gan Peng Kun menegaskan, mengikut Seksyen 96 Akta Kanak-Kanak 2001, mahkamah boleh memerintahkan tertuduh dihantar ke sekolah Henry Gurney.



Namun, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menghantar tertuduh ke penjara dengan syarat sekolah berkenaan tidak sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

Tambahnya, kesalahan yang dilakukan tertuduh serius, kerana melibatkan kehilangan nyawa seseorang.

Nurchaya menegaskan, tertuduh tidak boleh dihantar ke sekolah Henry Gurney, kerana kini sudah berusia 19 tahun.

“Kes ini melibatkan nyawa, seorang suami kehilangan isteri dan anak-anak kehilangan kasih sayang seorang ibu.

“Dadah ini memakan diri kamu (tertuduh) sehingga menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya hukuman diringankan, tertuduh tidak akan mendapat apa-apa pengajaran daripada kesalahannya.


“Mangsa mempunyai lima anak berusia antara 13 hingga lima tahun, tetapi kamu masih mempunyai ibu bapa,

“Kamu sudah diberikan peluang menjalani kaunseling, tetapi kamu tidak mahu mendengar, sekarang inilah akibatnya,” katanya.

Tertuduh yang memakai pakaian putih menyatakan, setelah menjalani hukuman selama setahun lebih, sudah cukup membuatkannya insaf.

“Ketika kejadian saya berada dalam pengaruh syabu. Saya ada ibu bapa yang masih memerlukan saya,” katanya.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu, secara serentak atas kesalahan menggunakan dadah, mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Pada 11 Februari tahun lalu, tertuduh diarahkan oleh Mahkmah Majistret untuk dihantar ke sekolah Henry Gurney, selama tempoh tiga tahun.

Berita Terdahulu

Kota Kinabalu: Tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bunuh guru Masina Samadi, 50, di perumahan pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd Kundasang, Ranau, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek akan direman hari ini.

"Siasatan awal menunjukkan semua suspek adalah rakyat tempatan.

"Dengan penahan tiga individu ini, polis merumuskan kes bunuh tersebut dapat diselesaikan," katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung lokasi sebenar suspek ditahan.


Jumaat lalu, mangsa ditemui maut dengan kesan luka di bahagian belakang kepala mangsa di ruang tamu rumahnya.

Baca : Terkini! Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa - PDRM

LAGI : Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

LAGI : Luahan Hati penduduk Kundasang Bila Guru Sekolah Dibunuh.

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. alfatihah..sedihnya melihat arwah guru ini..semoga dia ditempatkan di syurgaNya.Aamiin

    ReplyDelete