Kenyataan Tular Vaksin Tanpa Perlu MySejahtera Tidak Benar.

Kickbola.net“PPV IPT-UMS tidak pernah melantik mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat sebagai ejen pengatur temu-janji.



Kota Kinabalu: Kenyataan tular mengenai pemberian Vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (PPV IPT-UMS) tanpa perlu melalui aplikasi MySejahtera adalah tidak benar.

Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik), Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberi maklum balas ke atas hantaran berkenaan kerana dibimbangi boleh mengganggu operasi PPV IPT-UMS.

Katanya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kebocoran maklumat peribadi yang dikaitkan dengan hantaran berkenaan.

“PPV IPT-UMS tidak pernah melantik mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat sebagai ejen pengatur temu-janji.

“Pemberian vaksin Covid-19 yang akan diberikan juga adalah percuma,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPT IPT-UMS di talian 088-329200.

Sementara itu, kenyataan berkenaan turut menyatakan sejak beroperasi pada 14 Julai lalu, pihaknya sudah berjaya memberi suntikan kepada 16,521 penerima.

Post a Comment

أحدث أقدم