Lelaki Rebah, Meninggal Dunia Ketika Berjoging di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas

Pasukan perubatan memeriksa mangsa yang rebah ketika berjoging di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Ihsan Pembaca

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki Rebah, Meninggal Dunia Ketika Berjoging di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas

KOTA KINABALU: Lelaki berusia 55 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika berjoging di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, Hasmin Usup dikatakan tiba-tiba rebah dan ia disedari beberapa individu lain yang berada berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, orang awam yang berada di lokasi kejadian terus membuat panggilan kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan pemeriksaan pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).


“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

“Mayatnya dirujuk ke Jabatan Forensik HQE I untuk dapatkan pemeriksaan lanjut Covid-19 sebelum dijalankan proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya ketika dihubungi.


Mohd Zaidi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – HMetro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.