Banjir kilat Melanda Kota Kinabalu, Penampang - Donggongon akibat hujan lebat

Banjir kilat di Kota Kinabalu, Penampang akibat hujan lebat.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Hujan lebat lebih 7 jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dalam kejadian bermula sekitar jam 7 pagi tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.


Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig manakala pelajar SM St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula.


Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat.

Mutakhir : Banjir di Penampang akibat sungai melimpah.
Beberapa buah kampung sekitar daerah ini mula dinaiki air antara 30 sentimeter hingga dua meter berikutan limpahan air Sungai Moyog pagi ini.

Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig selain terdapat kawasan terputus hubungan berikutan beberapa jalan raya ditenggelami air.


Tinjauan Harian Metro turut mendapati pelajar dari Sekolah Menengah (SM) St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula jam 7.30 pagi.

Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi penyelamat lain turut membantu memantau keadaan dan memindahkan penduduk yang terjejas.


ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan kanak-kanak yang terjejas akibat banjir di Kampung Dabak.


Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم