Memalukan! Model Wanita Tanggal Pakaian Ditahan Polis Disahkan Warga Sabah

Kickbola.net
Gambar petikan rakaman video menunjukkan seorang wanita menanggalkan pakaiannya kerana enggan membayar makanan yang dimakannya.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Wanita Tanggal Pakaian Ditahan Polis Dari Sabah ?

Polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang didakwa menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling, Khamis lalu.

Rakaman video tersebut dipadam beberapa jam selepas dimuat naik di laman sosial, Youtube sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahawa suspek yang berasal dari Sabah itu berjaya ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu.


“Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan bahawa wanita tersebut berkemungkinan adalah warga Iran namun sebenarnya tidak benar.

“Wanita itu merupakan rakyat Malaysia dari Sabah,” katanya sambil menambah polis akan melakukan ujian air kencing bagi memastikan suspek tidak di bawah pengaruh dadah.

Dilaporkan wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelakkan daripada membuat bayaran terhadap makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling.

Wanita tersebut pergi ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki, yang digambarkan sebagai ‘mat saleh’ oleh saksi kejadian pada Khamis petang.


Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita itu tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian..

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم