KOTA BELUD: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan tetap berjuang habis-habisan selagi parti dan rakyat memberi sokongan terhadap kepemimpinannya.
Perdana Menteri berkata, beliau akan tetap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat serta terus berjuang tanpa rasa gusar. "Saya tidak gusar dengan apa yang berlaku... saya akan tetap berjuang habis-habisan selagi parti dan rakyat menyokong saya, amanah akan saya junjung dan tetap dengan perjuangan saya.
"Insya-Allah kita akan terus mengukir masa depan lebih gemilang," katanya ketika berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Kampung Pirasan di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pembinaan PPR Kota Belud dibangunkan KPKT dengan kos RM160 juta membabitkan 900 unit kediaman di tapak seluas 32 hektar yang mula dilaksana pada Disember lalu dan dijangka siap pada akhir tahun 2017. Sebanyak 100 unit rumah akan turut dibina di Pulau Mantanani di perairan daerah ini.
Yang turut hadir ialah
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pembinaan PPR Kota Belud dibangunkan KPKT dengan kos RM160 juta
membabitkan 900 unit kediaman di tapak seluas 32 hektar yang mula
dilaksana pada Disember lalu dan dijangka siap pada akhir tahun 2017.
Sebanyak 100 unit rumah akan turut dibina di Pulau Mantanani di perairan
daerah ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian
Projek Perumahan Rakyat Kampung Pirasan di Kota Belud. - Foto BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54041
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54041
Pesawat khas yang membawa Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 10.13 pagi.
Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, anggota Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin masyarakat.
Najib dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Pirasan di Kota Belud pada 11.30 pagi.
Selepas majlis tersebut, beliau akan ke Tawau untuk menghadiri Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau.
Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan khas bersama para pemimpin negeri, sebelum berangkat pulang ke ibu negara di sebelah malam..
إرسال تعليق