Bekas Tunang Adira Nafi Elizabeth Tan Punca Putus Hubungan.
Tunang Adira Nafi Curang Dan Pikat Elizabeth Tan
Shahrul Nasrun, tunang kepada penyanyi Adira mengakui ikatan pertunangan mereka sudah putus sejak beberapa bulan lalu.
Shahrul dalam pada itu juga menepis dakwaan bahawa penyanyi Elizabeth Tan menjadi punca keretakan hubungan mereka berdua.“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya”
“Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya,” katanya kepada Rotikaya.
Sebelum ini Elizabeth yang popular dengan lagu Knock Knock itu mendakwa dia didekati Shahrul ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.
Dia mendedahkan wujud cubaan dari Shahrul untuk mengorat dirinya dan menegaskan dia tidak melayan tindakan itu.
Sementara itu Shahrul mahu semua pihak mendoakan kebahagian dia dan Adira selepas ini meskipun tidak lagi bersama.
Elizabeth Tan Nafi Jadi Punca Adira Putus Tunang
Ketika ini sedang kencang khabar angin yang mendakwa penyanyi Elizabeth Tan sebenarnya menjadi punca kenapa Adira putus tunang. Menurut Elizabeth, Shahrul Nasrun (tunang Adira) sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”
“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth kepada Rotikaya.
Elizabeth mengakui dia sedih dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan oleh setiap orang. (rtky/s)
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق