Cinta Jessica
Kediaman malim gunung, Valerian Joannes yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, Jumaat lalu, dibanjiri lebih 200 ahli keluarga serta rakan yang mahu memberikan penghormatan terakhir kepadanya di Kampung Bundu Tuhan, semalam.
Orang ramai mula datang ke rumah keluarganya seawal jam 8 pagi dan dilihat turut bersedih dengan kehilangan Valerian, 27.Menurutnya, sebaik dipanggil membuat pengecaman di bilik mayat Hospital Queen Elizebeth (HQE), Kota Kinabalu, dia pasrah dan menerima kenyataan kehilangan tunangnya.
“Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu. Kami berbual pendek menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perancangan perkahwinan yang dirancang November ini.
“Saya mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa dirinya kira-kira jam 4.30 petang selepas dihubungi bapanya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, ibu mendiang, Sontim Sumbin 50, berkata, dia terharu dengan kehadiran orang ramai termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun untuk memberi penghormatan terakhir.
Menurutnya, walaupun bersedih dengan pemergian anaknya, mereka sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehinggalah pengurusan persemadian mendiang selesai.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق