Banjir lumpur di sungai Masilau dan sungai Liwagu di sini yang turut membawa jumlah kayu balak yang banyak sehingga merosakkan beberapa jambatan dan Loji Rawatan Air Kimolohing, mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karanaan mahu siasatan dilakukan bagi mengenal pasti dari mana datangnya kayu balak tersebut.Beliau berkata Jabatan Perhutanan Sabah perlu menjalankan siasatan jika berlaku penebangan kayu balak secara haram di kawasan Hutan Simpan di daerah itu khususnya di sepanjang kedua-dua sungai tersebut.
“Kemungkinan juga kayu balak tersebut datang dari aktiviti pembersihan tanah milik persendirian.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman membuat lawatan di Kimolohing Water Intake, Loji Penapisan Air Ranau untuk melihat sendiri keadaan dan mengambil tindakan susulan untuk pemulihan segera intake tersebut.
“Keadaan kayu balak tersebut ditebang dengan baik, kemungkinan ada orang curi kayu balak,” katanya pada taklimat Jawatankuasa Bencana Daerah Ranau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Faimin Kimin di sini, Rabu.
Banjir lumpur yang turut membawa kayu balak itu dalam jumlah yang banyak menyebabkan dua jambatan di Masilau Kundasang rosak dan Loji Rawatan Kimolohing dekat sini tidak dapat digunakan menyebabkan bekalan air paip terputus.
Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais yang turut hadir pada taklimat itu, memberi jaminan tidak berlaku sebarang penebangan kayu balak secara haram di kawasan Taman Kinabalu. BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق