Lagi cubaan Menanggalkan pakaian dilaporkan di puncak Gunung Irau, Cameron Highland
Berbogel di puncak Gunung Irau, pendaki sengaja cari nahas
Dua keping gambar tersebar di media sosial semalam menunjukkan dua orang pendaki tanpa pakaian merakamkan gambar di puncak Gunung Irau, Cameron Highland.Gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook berlatarbelakang bendera Malaysia dan papan tanda puncak gunung berketinggian 2110 meter dari aras laut itu walau bagaimanapun telah dipadamkan pagi tadi.
Kelakuan dua pendaki itu yang dipercayai rakyat tempatan mengundang kontroversi dan perdebatan, bulan lepas empat pendaki rakyat asing didakwa kerana melakukan perkara sama di puncak Gunung Kinabalu.
Berbogel di tempat awam merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 3 bulan jika didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh.
Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan jika didapati bersalah kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق