‘Memang saya bodoh!’ - Eleanor Hawkins

Kickbola.net
‘Memang saya bodoh!’ - Eleanor Hawkins

‘Memang saya bodoh!’ - Eleanor Hawkins

London: “Saya lega akhirnya dapat pulang. Memang perbuatan saya bodoh dan mengaku menimbulkan kemarahan penduduk Sabah. Saya benar-benar minta maaf.”

B
egitu kata-kata wanita Britain Eleanor Hawkins memohon maaf kerana perbuatannya yang biadap mengambil gambar tanpa baju di Gunung Kinabalu sebaik tiba di rumahnya di Draycott, kelmarin.


Eleanor, 24, yang ditemani ibu bapanya Ruth dan Tim di rumah keluarganya memohon maaf kepada penduduk tempatan yang menuduhnya punca terjadi gempa bumi disebabkan perbuatannya dan rakan-rakan berbogel yang dipercayai mencetuskan kemarahan ‘aki’ (pelindung gunung).


Dia yang menjalani hukuman penjara tiga hari sebelum dihantar pulang menahan air mata ketika membuat permohonan maaf itu.


Ruth dan Tim lega Eleanor sudah pulang ke pangkuan keluarga dan menganggap hukuman penjara dikenakan sebagai wajar serta adil.



Post a Comment

أحدث أقدم