Ngeri! Kemalangan di Kg Matupang Ranau. KEADAAN PROTON Saga Aeroback yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan itu. - Foto
Ngeri! Kemalangan di Kg Paginatan – Matupang, Ranau

Dua terkorban dipercayai suami isteri manakala 3 lagi cedera termasuk seorang parah dalam kejadian kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan di Jalan Paginatan, Ranau pada jam 3.46 petang tadi. Mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.
RANAU: Dua maut dipercayai pasangan suami isteri, manakala tiga cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Paginatan, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 3.46 petang itu, dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.Tiga yang cedera, termasuk seorang yang parah dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata sebuah jentera dengan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 3.50 petang.
Kejadian Kemalangan Di kampung Paginatan-Matupang dimana meragut dua nyawa. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi saat sukar.
Admin ingin mengesa supaya pemandu lain untuk lebih berhati hati semasa di jalanraya lagi-lagi di musim ketibaan perayaan ini
Kita Mampu Mengubahnya!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Tags: