Najib tinjau kesan gempa Sabah, jumpa waris mangsa
TURUN PADANG... Lawatan YAB Perdana Menteri Najib Razak di Ranau, Sabah pada 9 Jun 2015. Najib mendengar taklimat bencana dan seterusnya melawat mangsa yang terjejas kediaman mereka akibat gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ranau pada jam 11.50 pagi ini dengan helikopter bagi meninjau kesan gempa bumi.Sejurus tiba, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, melawat Ibu Pejabat Polis Ranau di sini untuk meninjau kerosakan pada bangunan kediaman anggota polis yang dialami akibat gempa bumi.
Selepas itu, beliau dijadualkan bertolak ke Kundasang untuk mendengar taklimat bencana gempa bumi di Taman Kinabalu sebelum menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi.
Beliau dijangka bertolak ke Kota Kinabalu menerusi jalan darat petang ini sebelum kembali ke ibu negara.
PM turut menghargai jasa dan pengorbanan semua pihak terutama agensi-agensi keselamatan seperti MKN, ATM, BOMBA, PDRM, JPAM dan semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang bekerjasama dengan begitu erat.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق