Singapura sahkan Warga 5 pelajar, 1 guru terkorban di Sabah

Kickbola.net
SEBAHAGIAN pelajar dan guru dari Tanjong Katong Primary School bergambar kenangan sebelum menyertai ekspedisi Gunung Kinabalu. 
Singapura sahkan 5 pelajar, 1 guru terkorban di Sabah

KUNDASANG: Singapura mengesahkan lima pelajar sekolah rendah dan seorang guru antara rakyatnya yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Ranau. 

Kementerian Pelajaran Singapura, berkata semua yang terkorban adalah pelajar dan guru dari Tanjong Katong Primary School yang menjalankan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu.


“Kementerian menzahirkan kedukaan apabila mendapat maklumat mengenai perkara ini. Semua mereka telah dikenal pasti oleh waris terdekat.




“Setakat ini masih terdapat pelajar dan guru belum ditemui dan pihak kami yakin usaha mencari dan menyelamat mereka masih berjalan.


“Malah juruiring dari persatuan pengembaraan Singapura turut disahkan terkorban dalam kejadian ini,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.


Pada jam 7.15 pagi kelmarin, gempa bumi sekuat 5.9 skala Richter melanda Ranau, Sabah yang turut dirasai pendaki di puncak Gunung Kinabalu. Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu turut ditutup berikutan laluan pendakian ke puncak gunung terjejas teruk. – AFP

Post a Comment

أحدث أقدم