Tahun keempat Marsha Milan Londoh berpuasa

Kickbola.net
Tahun keempat Marsha berpuasa - Artis-artis undangan, Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 turut dijemput untuk menyerikan suasana Raya dengan mempersembahkan lagu-lagu terkini mereka serta lagu Hari Raya di samping berbuka puasa dengan tetamu jemputan dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah, Subang Jaya.
Tahun keempat Marsha berpuasa

Ramadan kali ini adalah tahun keempat penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, 30, berpuasa secara konsisten.

Dia tetap seronok menjalani ibadah itu terutama ketika bersahur dan berbuka.

Apa yang dilakukan itu seolah-olah memberi petanda bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini bakal memeluk agama Islam. Lebih-lebih lagi dia kini menjalin hubungan dengan jejaka Melayu berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.

“Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati,” katanya.

Dalam pada itu, Marsha dilihat lebih menyerlah sebagai pelakon walaupun bermula sebagai penyanyi.

Menyedari hakikat itu, dia nekad untuk mengurangkan aktiviti lakonan.

“Dari dulu lagi rancang nak buat album. Tak dapat album penuh, album mini pun jadi. Tapi setiap kali ke arah itu, banyak benda baru datang termasuk bidang pengacaraan. Jadi, hasrat itu tertangguh.


“Tahun ini, saya mahu lebih serius dan memberi sedikit masa dalam bidang nyanyian. Saya tetap mahu terbitkan album kompilasi yang memuatkan lagu yang pernah diterbitkan sebelum ini,” katanya yang popular dengan lagu Terakhir Kali dan Jujur Bilang Cinta.

Post a Comment

أحدث أقدم