KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Lebih RM200 juta diperuntukkan Yayasan Sabah membantu pelajar-pelajar negeri itu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.
K etua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sejak penubuhan yayasan itu pada tahun 1970, peruntukan itu meliputi bantuan biasiswa dan pinjaman.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa bersama Mahasiswa-Mahasiswi IPT Sabah di ibu negara, Isnin.
Kira-kira 1,300 anak-anak Sabah yang menuntut di 31 buah IPT tempatan hadir dalam majlis itu.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata bagi tempoh 1970 hingga 2014, pihaknya telah memberikan pinjaman pendidikan kepada 8,883 pelajar dengan peruntukan RM191 juta.
"Kami telah membelanjakan hampir RM50 juta bagi menaja 464 pelajar-pelajar cemerlang SPM di bawah Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah," katanya.
--BERNAMA
Post a Comment
0Comments