Banjir Lumpur ke-II: Penduduk Di Kaki Gunung Kinabalu Perlu Waspada - Pensyarah Geologi UMS

Kickbola.net
Banjir Lumpur: Penduduk Di Kaki Gunung Kinabalu Perlu Waspada - UMS
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Banjir Lumpur: Penduduk Di Kaki Gunung Kinabalu Perlu Waspada - UMS

RANAU, 5 Julai -- Penduduk yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu terutama di Kota Belud dan Kundasang diingatkan terus berwaspada dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat aliran sungai terhalang atau terjadi empangan sementara, kata Pensyarah Geologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul.

Semasa membuat tinjauan ke Kota Belud pada Sabtu bagi melihat keadaan sungai yang berpunca dari Gunung Kinabalu, beliau mendapati jumlah air pada Sungai Ulu Kadamian dan Sungai Penataran meningkat berbanding hari sebelumnya berikutan hujan di kawasan pergunungan.


Kira-kira 10.30 pagi tadi, katanya, keadaan air Sungai Ulu Kadamaian di Kampung Tombotuan, di daerah berkenaan berada pada paras biasa tetapi air keruh.

Picture
Pensyarah Geologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul.
"Selepas hujan lebat di gunung, paras air meningkat begitu cepat dan bertukar menjadi sangat keruh kerana kandungan lumpur meningkat secara mendadak dan pada 11.30 pagi, banjir (di sungai) sudah menjadi besar," katanya dalam kenyataan di sini.


Beliau berkata kira-kira satu jam selepas itu, banjir lumpur berlaku di sungai tersebut dan Sekolah Kebangsaan Kiau Taburi dikhuatiri menjadi sasaran banjir lumpur kedua pada kali ini kerana kedudukan yang berdekatan dengan sungai.

Di samping itu, Felix turut meninjau di Kampung Malangkap Baru bagi melihat keadaan Sungai Panataran, dan mendapati air sungai naik tetapi masih berada pada paras terkawal.


Felix berharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih kerap ke atas sungai-sungai berisiko memandangkan ia sekarang mudah dilanda banjir berikutan laluan sungai sudah 'dibersihkan' oleh banjir lumpur yang pertama.

Picture
Beliau berkata keadaan ini dijangka akan terus terjadi pada masa akan datang selagi bahan tanah runtuh di kaki gunung terus berkumpul dan hujan lebat berlaku.
"Keadaan ini juga boleh berlaku di Sungai Mesilou Kiri dan Sungai Mesilou Kanan di Kundasang," katanya.

-- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم