Foto Gambar Terkini Kemusnahan Teruk Panar Laban Rata & Gunting Lagadan Hut

Kickbola.net
Foto Gambar Terkini Kemusnahan Panar Laban Rata & Gunting Lagadan Hut | Foto Oleh Vectronera Florine
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Bahagian Selatan Gunung Kinabalu Alami kerosakan Teruk – Dr Jamlili

TAMAN KINABALU: Gempa bumi pada 5 June lalu mengakibatkan Kemusnahan Teruk Panar Laban Rata & Gunting Lagadan Hut.

Dr Jamili Nais berkata menerusi pemerhatiannya kakitanganya yang sedang melakukan pembersihan & pembaikan di bahagian Laban Rata pada ketika ini, bahagian selatan gunung itu mengalami runtuhan yang teruk.

“Sebelum membuat tinjauan itu kami merancang untuk mendarat di Laban Rata, sebelum memulakan pendakian ke kilometer 7 untuk melihat tahap kerosakan di situ. Namun kami tidak dapat mendarat ekoran kabus tebal dan angin kencang.

“Oleh itu kami hanya dapat melakukan tinjauan dari udara dan menerusi tinjauan itu, saya melihat runtuhan batu seperti satu aliran sungai yang dinamakan ‘River of Stone’ yang bermula di antara puncak ‘Donkey Ears dan puncak ‘Tunku Abdul Rahman’,” katanya kepada pemberita, di sini.

Jamili berkata, bahagian Barat dan Timur gunung tersebut turut mengalami kerosakan sedikit manakala di bahagian Utara gunung pula tidak dapat dikenalpasti ekoran kabus tebal meliputi gunung itu. Bagaimanapun Jamili berkata pasukannya akan cuba untuk mendarat di Laban Rata untuk membuat tinjaun lanjut tahap kerosakan itu pada Rabu ini.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan dua masih hilang dalam gempa pada 7.15 pagi hari tersebut – terkuat pernah dialami Malaysia setakat ini. — BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post