Gegaran ke-109! Gempa lemah 2.0 Skala Richter gegar Ranau pada pukul 11.37 Malam

Kickbola.net
Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah Malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km & 11km barat laut Ranau, Sabah. | A weak earthquake has occurred at 11:37pm on 13/07/15, 6.0N 116.6E with magnitude 2.0 and depth 16km, Ranau, Sabah. 11km southwest of Ranau, Sabah. Tremors felt in Ranau. MMD- Malaysian Meteorological Department
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Gempa Bumi Kecil Berlaku Di Ranau, Sabah

RANAU, 14 Julai -- Dua gempa bumi lemah berukuran 3.2 & 2.0 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah masing-masing pada 10.38 & 11.37 Malam tadi di Ranau Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Kenyataan jabatan itu menyebut, pusat gempa itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 327km di barat laut Tarakan, Indonesia dan 11km di utara Ranau.

Jabatan Meteorologi dalam laman sosial rasminya memberi maklumat bahawa gempa bumi berlaku 16km & 11km barat laut Ranau, Sabah.

Gegaran juga dirasai di Ranau.

Jabatan itu akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa ini.

"Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, kedua-dua gegaran gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.

Picture
Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم