Plak Asal Batu Sumpah Keningau Perlu Diserahkan Kepada Muzium Sabah - Tan Sri Joseph Kurup

Kickbola.net
Plak Asal Batu Sumpah Perlu Diserahkan Kepada Muzium Sabah - Y.B. Tan Sri Joseph Kurup
Plak asal batu sumpah keningau dijumpai

KENINGAU, 4 Julai -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup meminta pihak yang menemui plak asal Batu Sumpah di Keningau diserahkan kepada muzium atau arkib untuk menjamin khazanah berkenaan terpelihara.

Beliau berkata pihak yang menemukan plak itu dapat memberikan kerjasama baik kepada kerajaan dengan mengembalikan plak yang disifatkan sebagai harta kerajaan.

Batu Sumpah berbentuk tapak kaki besar di hadapan Pejabat Daerah Keningau itu merupakan monumen bersejarah didirikan sekitar tahun 1960-an atas perjanjian antara Parti Pasok Momogun dengan Kerajaan Persekutuan untuk menghormati hak kebebasan beragama dan adat istiadat masyarakat pribumi Sabah.

"Sebenarnya kami telah lama mencari plak asal yang hilang ini dan saya senang hati sekiranya plak itu benar-benar ditemui," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media, di sini Sabtu.

Kurup mengulas mengenai khabar penemuan semula plak asal Batu Sumpah itu oleh Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan yang tersebar di media sosial Facebook.

Menurutnya, plak logam itu merupakan khazanah yang telah lama dicari dan sehingga kini kehilangannya masih menjadi misteri.

-- BERNAMA



ADUN Bingkor, Datuk Jeffrey Kitingan sedang membersikan Plat



Plat Batu Sumpah yang tulin di jumpai selepas lebih 20 tahun.


Marilah kita buat perbandingan secari teliti sama ada artifak ini adalah sama dengan yang asal.



Post a Comment

أحدث أقدم