Oh begini pula Ikan Sinsilog. Diorang bilang ni ikan susah mau dapat..Musim kemarau saja boleh dapat.
Sejarah Lagenda Ikan Sinsilog / Tambuakar Di Sabah
Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun.
Try google belum ada lagi berkaitan dengan cerita dan lagenda pasal TAMBUAKAR, yang cukup popular di sesetengah kawasan di Sabah. Ianya juga boleh dikatakan sebagai cerita dongeng masyarakat di persisir pantai dan sungai Sabah terutama daerah Sungai Papar sehingga ke Daerah Beaufort dan Kuala Penyu.Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki seupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga.
Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog. ada mengatakan ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus taun dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..
Berbalik pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir pantai pula, Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni :
1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor.
Banyak cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness.
Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan mengenainya pon jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni.
Ramai percaya haiwan lagenda ni still hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lobang2 besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.
Dikatakan ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina laluannya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Hello Slamat malam admin, mau Tanya , buli ka Saya pakai ini artikel untuk Saya terbitkan dlm bentuk video. Mau minta kebenaran dulu. Terima kasih 😊😊
ردحذفTiada masalah, mohon kredit page ini pun boleh ya :)
حذفإرسال تعليق