Cubaan menculik gadis kecil di Kelombong Tidak Benar!
Cerita Penculikan Tidak Benar, Budak perempuan hanya sesat bukannya diculik seperti yang didakwa!
KOTA KINABALU – Ibupejabat Polis Daerah menafikan laporan yang tersebar di laman sosial internet (gambar atas) mengenai dakwaan seorang kanak-kanak nyaris menjadi mangsa culik di Taman Nelly, Kolombong semalam.“Kejadian sebenar berlaku, orang awam menemui kanak-kanak itu sedang merayau seorang diri di tepi Jalan Nounton berhampiran Taman Nelly, Kolombong kira-kira jam 5 petang semalam,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra hari ini.
Difahamkan, kanak-kanak itu telah keluar rumah tanpa pengetahuan kedua ibubapanya. Menurutnya, orang awam yang mengenali kanak-kanak tersebut kemudian menghubungi keluarganya bagi memaklumkan penemuan itu dan secara kebetulan juga anggota polis melalui kawasan itu lalu memberi pertolongan.
Kenyataan di dalam laman sosial Facebook yang bertajuk ‘Percubaan Menculik Budak Perempuan di Kelombong’ turut menyelitkan kenyataan yang berbunyi; ‘Berhati-hati dengan anak anda. Baru sebentar tadi berlaku percubaan culik di Kelombong! berdekatan SMK Kelombong!
Nasib baik percubaan culik tu gagal bila mama budak tu berteriak dan dapat tarik perhatian ibu budak tersebut.
Na jaga2 ada sudah kejadian macam ni di Inanam, Kelombong lagi tu so jaga2 anak kamu’ “Pihak polis akan mengesan dan mengenakan tindakan tegas terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu,” tegas Chandra sambil menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan laporan palsu. - – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah.
Menurut daripada kiriman WhatsApp yang dikirim kepada SOS, rupanya kejadian penculikan tidak benar. Budak perempuan dalam foto gambar tersebut rupanya sesat dan telah dijumpai oleh polis peronda seperti yang tersirat di dalam gambar tersebut.
Sebelum ini, penculikan didakwa berlaku bila dikatakan terjadi di mana
Walau-apapun kejadian yang disalah anggap biarpun sesat ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Tolong share kepada rakan-rakan dan keluarga anda bagi mengelak perkara serupa bole juga berlaku kepada anak-anak mereka & anda.
So! para ibu-bapa awasilah pergerakan anak-anak anda! Jangan pula menyesal di kemudian Hari disebabkan hal-hal remah meninggalkan anak-anak keluar bermain bersindirian. Anak-anak adalah tanggungjawab anda dan jangan disebabkan kelalaian dan kucuaian anda yang sepatutnya melindungi mereka, anak pula menjadi mangsa Jenayah.Nasib-bah!!
RALAT :Kami di SOS ingin meminta maaf atas posting kejadian penculikan Budak di Kolombong! Setelah diberitahu kejadian yang berlaku tidak betul oleh keluarga budak perempuan dalam foto tersebut, kami sekali lagi dengan penuh rasa khilaf rendah diri ingin memohon maaf atas post viral ini!
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق