Kebenaran Penemuan Jongkang Emas bekas Terowong Jepun di Kunak Sabah

Penemuan Terowong Jepun di Ladang Sime Darby, Kunak. ‪- Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan khas bagi memantau lokasi berkenaan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Polis nafi berita penemuan emas di Kunak

Polis hari ini menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Ab Rashid Abdullah, berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.


"Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat... kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita itu.


Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II. - BERNAMA

Picture
Penemuan Terowong Jepun di Ladang Sime Darby, Kunak.

Berikut merupakan cerita yang disebarkan di Laman Sosial secara meluas :- 

Emas peninggalan Jepun di jumpai di ladang kelapa sawit di Sabah.

Tanah ladang kelapa sawit tiba-tiba runtuh dan pekerja ladang sawit bertempiaran lari.

Apabila di periksa di bawah runtuhan ada terowong Jepun.


Sungguh Mengejutkan bila dikatakan terdapat penemuan emas dijumpai dalam bentuk jongkong bertulis Sumatera tarikh 24.08.1941 & 999 di dalam terowong yang runtuh ini.

Picture
Ex War Japanese Tunnel.

Info yang kami terima mengatakan jongkangan emas itu telah Hilang dibawa oleh pekerja ladang sawit.


Tempat ini juga telah ditutup.


Kayalah peladang kali ni. Mungkin ini harta karun yamashita yang punya?

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم