Kesan & Tindakan keatas Banjir lumpur yang mengganas di Kg. Melangkap, Kota Belud

Kickbola.net
RM 24 juta untuk membaiki jalan-jalan dan membina satu jambatan baru yang lebih tinggi dan kuat. - MP Kota Belud
Kesan & Tindakan keatas Banjir lumpur yang mengganas di Kg. Melangkap, Kota Belud

Meninjau kawasan Kg. Melangkap, Kota Belud yang terjejas teruk dengan banjir lumpur.


"Kg Kaung Kota Belud, dahulunya sebuah kg di pinggir sungai kadamaian-airnya jernih dari Gunung Kinabalu.

Semua atas kuasa-NYA, Selepas gempa bumi yg meragut nyawa Malim Gunung, Kg Kaung juga terjejas teruk oleh banjir lumpur setiap kali hujan turun.

Setelah beberapa kali Banjir Lumpur, pada hari ini 8 Ogos 2015, keadaan bertambah parah. Sebuah rumah yg baru dibina milik salah seorangg penduduk hanyut bersama air deras berlumpur.


Perhubungan juga terputus kerana Jambatan Gantung mahupun Jambatan Konkrit telah hanyut. Kg kaung kini terputus hubungan melalui jalan darat.

Banyak rumah juga dalam bahaya hakisan. Situasi ini memerlukan perhatian dan tindakan pantas pihak berwajib!

Disamping itu, menyedari bahaya hakisan ini, penduduk kampung cuba menjalankan usaha membina gobion pada hari ini namun tidak berhasil berikutan hujan lebat. Selain itu bekalan makanan di kg ini mungkin akan habis jika laluan tidak dipulihkan dengan kadar segera!



Kampung ini memerlukan Bantuan berbentuk makanan serta kewangan untuk menampung pembelian peralatan, bekalan barang keperluan pelbagai, sebagai bantuan kepada rumah2 yang terjejas teruk dan lain-lain keperluan yg berbangkit dari bencana alam ini.

Setiap kali hujan turun akan menghakis tebing sungai di kg ini yg kini semakin besar.

MOHON BANTUAN SEGERA. 🙏🙏🙏


Segala bentuk sumbangan Tuan-Tuan dermawan sekalian bolehlah disalurkan ke Akaun berikut:

CIMB:
8007055827
Kelab Sosial dan Rekreasi Kg Kaung Kota Belud.

Rujukan:
1. Penasihat Kelab Merangkap Pengerusi JKKK Kg Kaung
En Geofrey Magaran
0128444500

2.Penasihat Kelab
En.Johnny Ronggitom
0198999636

3.Pengerusi kelab
En.Lucian Dumat
0135441431

Atas kebenaran dan persetujuan bersama.

PRAY FOR KAUNG🙏🙏🙏"

Kawasan ini dulunya Pusat Peranginan yang terkenal sekarang ini seperti kehilangan seri dan menjejaskan pendapatan orang-orang kampung.


Kita mohon agar pihak Kerajaan dapat menyediakan Pelan Perancangan Baru untuk membangunkan kembali kawasan ini.



Berikut merupakan kenyataan balas MP Kota Belud  Y.B. Datuk Haji. Abdul Rahman bin Haji Dahlan, yang memegang Jawatan dalam Kabinet portfolio selaku Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia:-

Hari ini saya melawat Kg Malangkap Baru yang mana kawasan ini terjejas teruk akibat banjir lumpur yang berlaku tempohari. Jika kita lihat landskap dan pemandangan di kampung ini ia amat memeranjatkan saya kerana batu-batu besar dari Gunung Kinabalu telah turun dengan begitu banyak dan cepat sekali. Kampung ini telah terputus hubungan buat sementara akibat jambatan yang roboh dan jalan utama telah dibanjiri dengan lumpur.

Tapi Alhamdulilah hari ini setelah melawat kawasan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Parit dan Saliran yang telah dengan pantas membersihkan jalan utama dan membolehkan sebanyak 1500 penduduk di Kg Malangkap tidak terperangkap dan dapat keluar bagi menjalankan pelbagai urusan.

Namun pada jangka masa panjang, Kerajaan telah meluluskan lebih kurang RM 24 juta untuk membaiki jalan-jalan dan membina satu jambatan baru yang lebih tinggi dan kuat. Saya telah meminta jurutera untuk menpercepatkan proses membina jambatan itu supaya kereta dari kawasan seberang dapat melalui jalan yang lebih dekat dan pantas. Saya juga telah meminta dana disalurkan bagi membuat jambatan gantung untuk menghubungkan sebuah sekolah yang berdekatan.

Di samping itu, saya telah meminta Jabatan yang berkenaan untuk menghantar bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan dan barang keperluan lain untuk penduduk Kampung Kaung yang juga terjejas akibat banjir lumpur.


Post a Comment

أحدث أقدم