BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengesahkan pihak berkuasa Thailand sedang memburu suspek pengeboman di bandar raya itu yang mengorbankan puluhan nyawa.
Prayuth berkata, pihak berkuasa mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan letupan."Saya telah arahkan siasatan dijalankan kerana hanya terdapat seorang suspek yang berjaya dirakam tetapi rakaman itu tidak jelas," katanya. - Reuters
LOKASI tragedi yang mengorbankan orang awam di Bangkok. - Foto EPA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق