MTV Worldstage' 15 : Stacy Jaga Adab, Jason Derulo Lambat Tapi Berbaloi
Memasuki tahun ketujuh penganjuran, konsert yang dilabelkan sebagai konsert terbesar di Asia Tenggara ini dibanjiri kira-kira 20,000 pengunjung bukan saja dalam kalangan peminat muzik tempatan malah peminat dari negara jiran seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Pemilihan penyanyi yang sedia dikenali dengan aksi tarian dan kelincahannya di pentas ini untuk mewakili Malaysia pada konsert kali ini berdasarkan undian peminat yang mengundi selama dua minggu menerusi laman web MTV World Stage Asia dengan hashtag #MalaysiaMostWanted.Stacy 'Playsafe'
Stacy membuat persembahan di pentas yang berprestij itu dengan lagunya Not For Sale sambil diiringi oleh Altimet.Mungkin kerana tidak mahu timbul sebarang cerita kurang enak atau kontroversi tercetus lebih-lebih lagi dengan status baharunya sekarang sebagai muslimah.
Pujian juga diberikan kepada gadis berusia 25 tahun yang peka dengan sensitiviti kerana dia tampil membuat persembahan selepas waktu maghrib.
Mendendangkan lagu Not For Sale, aksi persembahan Stacy diiringi beberapa penari serta kemunculan Altimate.
Sayangnya, Stacy diberikan ruang mempersembahkan satu lagu saja sedangkan ramai peminat menjangkakan dia akan meneruskan untuk satu atau dua lagu lagi.
Sambutan Peminat Sekai No Owari Hambar
Pentas kemudiannya diambil alih oleh kumpulan Indie J-Pop yang mahu dikenali sebagai Sekai No Owari. Nama yang membawa maksud penghujung dunia dan buat pertama kali juga dalam sejarah MTV World Stage menampilkan artis dari Jepun.Mendendangkan lagu hits mereka antaranya, Anti-Hero, Starlight dan Death Disco dan Dragon Night dalam bahasa Inggeris.
Sepanjang persembahan, sambutan penonton agak hambar. Bukan kumpulan yang terdiri daripada empat anggota ini ini tidak cukup menghiburkan, cuma barangkali rata-rata peminat kurang tahu lagu-lagu mereka.
Bahkan, kebanyakan penonton baru pertama kali mendengar dan menyaksikan persembahan mereka.
Nyanyi Sama-sama A Pink!
Selesai Sekai No Owari, giliran kumpulan K-pop yang dinantikan, A Pink.Tampil dengan outfit serba putih, HaYoung, Eunji, Bomi, Naeun, ChoRong dan NamJoo menghangatkan suasana dengan lagu seperti NoNoNo diikuti Mr. Chew, LUV dan Remember.
Tak kurang sebilangan peminat turut sama menari lagak gaya liuk lentik sama macam kumpulan idola mereka ini.
Carly Syok Sendiri?
Selepas itu tiba masanya pula untuk puteri pop terkenal kelahiran Kanada yang sedang meningkat popular, Carly Rae Jepsen.Antara lagu yang didendangkan, Emotions Tonight I’m Getting Over You, Your Type, I Really Like You, Call Maybe, Let’s Get Lost, Boys Problem dan All That.
Malangnya, peminat seakan kurang tertarik dengan pemilihan lagu penyanyi ini sekaligus menjadikan persembahannya seperti tidak kena.
Sewaktu Carly sedang asyik menyanyi, sambil menari dan berlari ke seluruh bahagian penjuru pentas untuk lebih dekat dengan peminat, sebahagian besar peminat yang berada agak jauh daripada pentas kelihatan sudah mula duduk, berasa bosan dan bersembang sesama sendiri sedangkan Carly bersungguh-sungguh menyanyi.
Mungkin juga pemilihan lagu yang dinyanyikan kurang tepat kerana barangkali lagu-lagu tersebut belum betul-betul popular di Malaysia.
Namun, penonton kembali mendapat semangat untuk berhibur apabila Carly menyampaikan dua lagu 'berhantunya', Call Me Maybe dan I Really Like You sekaligus mendapat sorakan gamat penonton.
Jason Berlengah
Tamat persembahan Carly, penonton semakin tidak sabar mahu menyaksikan persembahan artis utama iaitu Jason Derulo. Sorakan peminat menjerit memanggil nama penyanyi itu semakin lama semakin kuat.Tapi mujurlah kelewatan Derulo memulakan persembahan boleh dikatakan berbaloi peminat penat menunggu apabila beliau menyanyikan 14 buah lagu hit beliau dan diserikan lagi dengan kelincahan tarian yang tidak dapat disangkal.
Antara rangkaian lagu yang dinyanyikan ialah In My Head, Riding Solo, Trumpet, Talk Dirty, The Other Side, My It Girl, Damn, Wiggle Wiggle, Marry Me, Watchu Say dan Want To Want Me.
Secara keseluruhannya, konsert MTV kali ini memuaskan tetapi sedikit kepincangan dari segi pengurusan masa yang sepatutnya tidak harus terjadi untuk sebuah konsert berprestij dan sudah bertahun-tahun diadakan.
MTV World Stage Live In Malaysia 2015 akan ditayangkan secara eksklusif di saluran MTV Asia (saluran Astro 713) pada 26 September ini pada pukul 3.30 petang.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق