Pejalan Kaki Wanita Koma dilanggar dihadapan Pusat beli belah Centre Point Sabah

Pejalan Kaki Cedera parah akibat dirempuh polis. Seorang wanita cedera parah akibat dilanggar oleh sebuah motorsikal dalam satu kemalangan yang berlaku berhampiran pusat membeli belah Centre Point di sini kira-kira jam 4.20 petang semalam.‪‬Pejalan kaki dan pemandu kenderaan bermotor & kereta jadikan kejadian ini satu iktibar dan pengajaran.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kejadian pada petang 11/9/15 ini melibatkan motorsikal dan pejalan kaki. Mangsa masih tidak sedarkan diri dan masih dirawat di HQE 1.

Seorang tukang urut cedera parah akibat dilanggar oleh sebuah motorsikal dalam satu kemalangan yang berlaku berhampiran pusat membeli belah Centre Point di sini kira-kira jam 4.20 petang semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan Azhar Hamim berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa wanita berumur 55 tahun itu telah dilanggar oleh seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotorsikal IPD Kota Kinabalu.

“Ketika kejadian, anggota polis terbabit sedang menunggang motorsikal dari arah lampu isyarat Centre Point menuju ke Tanjung Aru untuk menjalankan tugas meronda,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berkenaan seorang wanita tiba-tiba melintas jalan menyebabkan anggota polis itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa yang berasal dari Kota Marudu itu.


“Anggota (polis) itu cuba mengelak namun oleh kerana jarak terlalu hampir maka motorsikal yang ditunggang telah bergesel dengan pejalan kaki terbabit,” katanya sambil menambah keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan HQE1 menaiki ambulan.

“Siasatan polis turut mendapati punca kejadian disebabkan kecuaian pejalan kaki yang mengambil risiko menyeberang jalan di tempat yang bukan sepatutnya,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Menurut Ringkasan kes yang disebarkan dilaman sosial pada 11/09/2015, Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 4.20 petang tadi di hadapan centre point bertentangan dengan Kompleks Asia City.

Malangnya, salah satu Polis peronda bermotor yang sedang meronda di zon perondaan bertembung dengan wanita itu.


Mangsa dalam lingkungan 30an telah menyeberangi jalan tanpa melihat kiri dan kanan hampir terlanggar L/kpl 163750 Celestine dan dapat mengelak manakala konst 186973 Ad tidak dapat mengelak dan terus melanggar perempuan tersebut dan terus terbabas ke dalam taman bunga.

Mangsa mengalami kecederaan dibahagian muka akibat terhempas di permukaan jalan.

Pihak motor peronda sendiri telah menghubungi gerakan Kota Kinabalu dan pihak ambulans.

Mangsa dikatakan mengunakan handphone semasa melintas jalan.

Buat pejalan kaki yang lain, Berhati-hatilah ketika melintas jalan raya.

Sila pandang kiri dan kanan sebelum melintas. Pemandu kenderaan juga dinasihati agar mematuhi had laju yg telah ditetapkan.

Kejadian yang berlaku lebih kurang 4.20 petang kelmarin di hadapan Centre Point, Kota Kinabalu telah mencederakan seorang pejalan kaki wanita.

Pihak berwajib juga digesa untuk menyediakan jejantas bagi mengelakkan perkara sedemikan rupa berulang kembali.

Rata-rata pengguna laman sosial mempersoalkan ketiadaan jejantas disediakan di jalan tersebut

 Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mangsa Selamat!

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


3 تعليقات

  1. Kecuaian pengguna Jalan Raya berlaku di sebab mereka tidak memandang kiri dan kanan sebelum melintas dan juga Handphone lebih penting dari nyawa sendiri sebab saya juga nyaris telangar pejalan kaki di hadapan C.Point ini , pejalan kaki sibuk tekan H/P tak tengok kiri dan kanan dan tidak menggunakan lampu isyarat trafic yg sudah di sediakan , mereka sanggup langgar Pokok bunga untuk menyeberang jln agar cepat sampai ..... Negara Jiran kita seperti S'pore misalnya walaupun tidak ada kenderaan lalu dan pada masa itu lampu isyarat bertanda merah mereka tetap tunggu hingga lampu hijau baru la mereka melintas jalan .... tidak mcm kita di Sabah ni ada lampu jln tidak di gunakan tiba-tiba saja mucul dari Pokok Bunga ... klu kereta laju mati sudah kena langgar... bah hati2 la kemurang bila lintas Jln Raya , gunakan la lampu isyarat yg telah di sediakan , didik diri guna lampu Isyarat bila melintas Jln Raya , Jgn perduli apa pandangan org tetang kita , itu demi keselamatan diri sediri, siapa lagi yg perlu memperbetulkan keadaan dan memulakan klu bukan kita......biar jln jauh asalkan slmt ... jgn tiba2 muncul tgh jln di cela-cela Pokok Bunga , Pemandu Kereta bukan Tuhan , pasti terjadi kemalangan bila terjadi mcm tu ...

    ردحذف
  2. Ya btl tu..tahap kesedaran kita terhadap peraturan lalu lintas btl2 yg paling teruk.dulu saya ke korea..kmi berjln d bandaraya sana dmana ada trafik light.org akan berhenti bila trafik light merah.even tiada kereta pada waktu itu.klu kita asal tiada kereta jln terus.tp d negara2 maju.mentality dorg berbeza.penuh berdisiplin.so saya rasa ini semua disebabkan kecuaian.contohnya menggunakn telepon.
    Walaubagaimanapun..seperti apa yg sdh terjadi hari ini..saya jg menyeru kepada pihak berwajib supaya menyediakan jejantas.untuk mengelakkn kejadian berulang pada masa akan dtg.sebb saya berpendapat kejadian ini berlaku jg disebbkan tiada kemudahan jejantas dsitu...so hati2la kita semua fikirksn keselamatan.ingat org yg tersayang.sekian.

    ردحذف
  3. Jgn salahkn ketiadaan jejantas di area tu. Ada tempat lalu lintas khas bbrapa meter ja di area tu kenapa susah sgt mau bejalan dan lintas di jlnan khas yg siap ada trafic light lgi. Plus tekan hp smbil lintas jln? Mangsa tu yg bersalah.

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم