Terlalu ramai yang sangsi dengan lapuran polis yang dibuat dan enggan mempercayainya. Bahkan ramai yang menuduh itu adalah sekadar lapuran palsu yang diada-adakan.
"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu," katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, Jamil Omar, di Kampung Tb Wad, Batu Dua, di sini, petang tadi.Menurutnya, orang sana tidak kenal bendera Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai pesawat yang hilang sebab kawasan yang kurang berpenghuni dan sangat jauh serta tiada komunikasi.
"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.
Terlalu ramai yang sangsi dengan lapuran polis yang dibuat dan enggan mempercayainya. Bahkan ramai yang menuduh itu adalah sekadar lapuran palsu yang diada-adakan.
Padahal lapuran polis adalah sesuatu yang amat serius, apatah lagi apabila melibatkan isu besar sebegini. Seseorang yang memalsukan lapuran polis boleh ditahan dan didakwa.
Netizen berkeras kononnya berita ini tidak lain hanya untuk menutupi banyak isu besar dalam negara. Ini kerana sudah terlalu banyak spekulasi dan telah banyak kali pengesahan rasmi dibuat sebelum ini.
Kami setuju dengan mereka yang mencadangkan kerajaan ambil tindakan segera untuk mengesahkannya.
Lagipun banyak lapuran polis dan maklumat awam pernah diterima yang mengatakan mereka ternampak letupan di udara di sekitar lokasi yang dilapurkan ini. Ada banyak lagi faktor terkait namun belum masanya untuk dikongsikan ketika ini bagi mengurangkan spekulasi.
Nampaknya kita harus imbas kembali "Kisah gembala dengan srigala" untuk ambil pelajarannya dalam mengurus pemberitaan seperti ini.
إرسال تعليق