Taman-Taman Sabah buka 2 laluan baharu ke puncak Gunung Kinabalu

Keindahan Gunung Kinabalu, hadapan Pusat Latihan Islam Kundasang, 24 Okt 2015 / Sabtu. Foto Oleh Mujaheed Deraman

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Taman Sabah buka 2 laluan baharu ke puncak Gunung Kinabalu

Dua laluan baharu dinamakan Laluan Ranau dan Laluan Kota Belud bakal dibuka kepada pendaki ke puncak Gunung Kinabalu bagi menggantikan laluan lama yang rosak akibat gempa bumi bermagnitud 5.9 pada 5 Jun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kedua-dua laluan itu bermula dari Laban Rata ke Sayat-Sayat di puncak gunung dengan Laluan Ranau menghadap daerah Ranau, manakala Laluan Kota Belud menghadap daerah Kota Belud.


Kesan gempa yang mengakibatkan perubahan struktur puncak di gunung kinabalu... ini adalah gambar Donkey ears peak/ugly sisters peak & St. john peak/gorilla face peak...

"Saya boleh katakan kedua-dua laluan ini mencabar tetapi pemandangannya cukup cantik dan pasti memikat sesiapa saja yang mendaki Gunung Kinabalu selepas pendakian ke puncak dibuka semula bermula 1 Disember depan.



"Bagaimanapun, setakat ini hanya Laluan Ranau siap sepenuhnya dan boleh digunakan, manakala Laluan Kota Belud masih dalam pembinaan dan dijangka hanya dapat dibuka pada tahun depan," katanya kepada media selepas melancarkan imej Street View Google Maps lokasi menarik di Sabah.

 


Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Operasi Street View Malaysia, Indonesia dan Thailand, Nhazlisham Hamdan.

Masidi berkata, dua laluan baharu ke puncak Gunung Kinabalu dibuka bagi mewujudkan suasana pendakian baharu selepas laluan lama rosak akibat ditimbus runtuhan bantuan pada gempa bumi Jun lalu.

Katanya, jumlah pendaki yang dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu dalam satu masa dikekalkan iaitu seramai 190 orang.


KUNDASANG, 18 Jun -- Beberapa runtuhan baru kelihatan di Gunung Kinabalu yang menyebabkan berlaku banjir lumpur dibeberapa buah sungai sekitar Gunung Kinabalu seperti Sungai Kadamaian, Sungai Tohubang, Sungai Panataran dan Sungai Liwogu. Keadaan ini menyebabkan kekurangan air bersih di daerah Ranau dan Kota Belud apabila loji air turut terjejas apabila ditakungi timbunan batu, lumpur dan kayu balak.-foto BERNAMA(2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم