Remaja 13 tahun parah jatuh dari tingkat tiga pangsapuri UUC,Telipok

Remaja 13 tahun parah jatuh dari tingkat tiga pangsapuri UUC, Jalan Kayu Madang Telipok.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Remaja parah jatuh dari tingkat 3 pangsapuri

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di UUC, Jalan Kayu Madang Telipok dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya selepas tergelincir ketika menyidai kain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, bapa mangsa yang terdengar bunyi dentuman kuat kemudiannya telah keluar ke balkoni dan melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah.

"Ibu bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu telah turun ke bawah rumah dan mendapati anak mereka berada dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa yang retak tempurung kepala dan mengalami pendarahan dalaman telah dihantar ke Hospital Tuaran sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut," katanya .

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم