Bas membawa pelajar bertembung dengan Pesona
Dua orang penumpang cedera selepas terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan sebuah proton Pesona yang berlaku di Jalan Kampung Pinausok Kundasang petang tadi.
Kedua-dua mangsa tersebut mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah bas yang membawa seramai 34 orang pelajar dari Sekolah Sandakan.Kesemua penumpang di dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan manakala seorang lelaki dan seorang wanita di dalam Pesona yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh Anggota Bomba dan di hantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 2.13 petang tadi dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق