Kemalangan Ngeri Toyota Prius & Honda Civic Ferio di Jalan Likas

Doakan Rakan kita semoga selamat pemandunya Boy GT baru sahaja terlibat dalam kemalangan. - Rakan FB RaWk AjiMie RaWkz kepada Boy GT (Mangsa). Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Dua cedera, Honda dan Toyota bertembung


Kemalangan Ngeri melibatkan Toyota Prius Dan Honda civic Ferio berlaku sekitar jam 9.30 malam di Jalan Likas-Tuaran berhampiran dengan bangunan Sekolah Menengah Tinggi Kian Kok.

Honda civic dilaporkan terbabas dari Laluan Sebelah menuju Kota Kinabalu, Manakala Toyota prius pula sedang Menuju Ke Stadium Likas mengakibatkan laluan sesak kedua-dua arah.

Menurut daripada perkongsian laman sosial, seorang pemandu Honda Civic Ferio dikenalpasti dikenali sebagai Boy GT cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dua cedera dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Civic yang terbabas sendiri lalu merempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Prius yang berlaku di SMK Kian Kok, di sini, semalam.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.22 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 17 kilometer itu pada jam 9.31 malam.

Terdapat dua orang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu iaitu seorang mangsa dari kenderaan Toyota yang telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital manakala seorang mangsa yang berada di kenderaan Honda dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan dihantar ke hospital oleh pihak Ambulan.


Operasi yang diketuai oleh PBK II Ismail Chala itu tamat pada jam 9.46 malam.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم