Pawagam kedua di Sandakan
Pada Mei 2016, selain dari Star Cineplex Sandakan, penduduk di kawasan itu akan mendapat sebuah lagi pawagam baru iaitu LFS Harbour Mall yang merupakan cawangan ke-27 LFS Cinemas dengan 7 dewan pawagam.
Ia juga merupakan yang pertama untuk LFS membuka cawangan di Sabah selepas Sarawak.Disebalik kemerosotan yang ditunjukkan oleh filem-filem tempatan yang mana hanya berjaya mengutip RM52.2 juta tahun lalu (dengan 80 buah filem) berbanding RM74.6 juta pada 2014 (dengan 81 buah filem), penonton masih lagi ke pawagam untuk menyaksikan filem Hollywood seperti "Fast and Furious 7" (RM66.9 juta), "Avengers: The Age of Ultron" (RM53.7 juta) dan "Jurassic World" (RM49 juta) yang menjadi antara filem yang mendapat kutipan tertinggi tahun lalu menyaksikan kutipan keseluruhan dianggarkan berjumlah sekitar RM780 juta.
Perkara ini adalah berita gembira buat pihak pawagam yang pada mulanya bimbang dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% sejak 1 April 2015 yang akan menjejaskan harga tiket. Apa-apa pun, disebalik semuanya kini semakin mahal, namun orang ramai masih menonton filem terutamnya tiga buah filem yang menjadi bualan ramai tahun lalu iaitu "Star Wars: The Force Awakens", "Polis Evo" dan "Jagat".
Malah tahun ini juga akan menyaksikan sebanyak tujuh buah filem adiwira akan ditayangkan. Jadi jika anda ingin mengelak dari pawagam, apa yang boleh katakan di sini adalah 'Semoga Berjaya'.
Dengan lapan pawagam dibuka pada tahun 2015, tahun ini akan memperlihatkan sebanyak tujuh buah pawagam lagi akan menyertai senarai 135 pawagam yang ada di seluruh negara.
Rangkaian LFS Cinemas akan membuka dua pawagam baru, manakala rangkaian pawagam dari Korea Selatan, CGV akhirnya dijadualkan akan dibuka tahun ini!
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق