Ranau: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 9.39 pagi ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berada pada koordinat 6.05 darjah utara dan 116.59 darjah timur kedalaman 10km, iaitu 16 kilometer barat laut dari Ranau.Kenyataan itu berkata gegaran dapat dirasai di Ranau. - BERNAMA
Ekoran gempa bumi yang berlaku sebentar tadi, murid-murid SK Kundasang diarah berkumpul di padang sekolah bagi mengelak sebarang tragedi buruk berlaku.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment