Lahad Datu: Lima maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bagahak, dekat sini, kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Katizah Rahaban berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang membabitkan kemalangan itu.“Tujuh anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang dipercayai bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan.
“Ketika operasi, terdapat enam mangsa dan empat daripadanya tersepit di dalam kenderaan Proton Saga sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Manakala dua lagi kanak-kanak tersepit mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi, tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad mengesahkan terdapat lima mangsa maut dalam kemalangan itu, bagaimanapun identiti semua mangsa dan maklumat lanjut masih belum diperolehi.
Dalam tahun ini saja ada berapa kes kemalangan jalan raya di Jalan Sandau, Jalan Sandakan, Jalan Tawau, Jalan Tingakayu, Jalan Dam, Jalan Tungku, Jalan Felda Sahabat, Jalan Segama, Jalan Silam, Jalan Asam, Jalan Tengah Nipah, Jalan Pantai dan sebagainya lah.
Memandu dengan cermat ingat orang yang tersayang
إرسال تعليق