Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16, Lahad Datu
Lahad Datu: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, baru-baru ni bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan hujan lebat di daerah ini, termasuk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu."Kejadian itu berlaku pada pagi semalam dan ia bukan kerana gempa bumi seperti viral di media sosial.
Kerja pembaikan jalan terbabit kini giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membina laluan alternatif di bahu jalan berkenaan untuk kemudahan pengguna.
Lokasi kejadian terletak lebih 100 kilometer dari bandar ini.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق