Mendapan akibat saluran pembetung dalam tanah pecah dipercayai punca satu lubang terbentuk pada kedalaman kira-kira lima meter di Jalan Tuaran berhampiran Plaza Juta, dekat Likas, awal pagi tadi.
Bagaimanapun lubang yang terbentuk di tengah jalan di Kilometer 7.5 Jalan Tuaran-Kota Kinabalu itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan.Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesan retakan di laluan berkenaan malam tadi sebelum meletakkan penghadang untuk mengelak dilalui kenderaan, namun ia dilaporkan mendap dan membentuk lubang terbabit kira-kira 2 pagi tadi.
Jurucakap JKR Sabah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu disebabkan saluran pembetung bawah tanah yang pecah.
Operasi membaiki jalan terbabit kini giat dijalankan oleh kontraktor," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
إرسال تعليق