PKNP FC buat Sabah menangis di Likas

PKNP FC membuka jaringan menerusi kapten, Muhammad Shahrel Fikri Ahmad Fauzi pada minit ke-22, setelah bijak menyempurnakan peluang di hadapan gawang lawan. | Liga Perdana 2017 | Full Time Score | Sabah 1 VS PKNP FC 3 | #sabahrhinos
PKNP buat Badak menangis di Likas

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC membenam Sabah, 3-1 di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi, untuk sekali gus terus menghidupkan peluang naik ke Liga Super musim depan.

Keghairahan pelawat untuk memenangi aksi ini jelas terbukti sejak wisel permulaan, apabila berjaya mencipta peluang menggegarkan gawang tuan rumah menerusi pemain import, Gilberto Valdenesio Fortunato pada minit ke-6.

Pun begitu, cubaannya dari dalam kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol skuad Badak, Rozaimie Rohim.

Sabah pantas bangkit mencabar kembali pada minit ke-14, menerusi Rodoljub Paunovic apabila tandukannya hasil hantaran lintang Sabri Sahar sekadar singgah di palang gol lawan.


Penyerang Sabah, Lee Gilhoon (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan PKNP FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan

PKNP kemudian berjaya mendahului skuad Badak menerusi tandukan ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-22 bagi menjadikan kedudukan 1-0.

North Borneo Ultras - Merchandise SectorAdd caption

Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu hampir menambah jaringan hasil rembatan Gilberto pada minit ke-44, namun kali ini, Rozaimie berjaya menyelamatkan gawangnya dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula separuh masa kedua, tuan rumah cuba mencari gol penyamaan dan peluang mereka hadir pada minit ke-49 menerusi rembatan Lee Gil Hoon dari luar kotak penalti, bagaimanapun, cubaannya sedikit tersasar.

Pada minit ke-62, rembatan Muhammad Shahrel dari luar kotak penalti turut berjaya ditepis keluar oleh Rozaimie.

Bagaimanapun, sepakan sudut PKNP selepas itu berjaya ditanduk masuk pertahanan import mereka, Ritus Krajauklis bagi menjadikan kedudukan 2-0.

 Pemain gantian, Rahman Shah Marajeh kemudian merapatkan jurang buat tuan rumah apabila meledak gol pertama pada minit ke-69 hasil satu gerakan solo menarik bagi menjadikan kedudukan 1-2.

Bagaimanapun, Ahmad Sukri Ab Hamid, memusnahkan harapan Sabah untuk bangkit apabila menjaringkan gol ketiga bagi PKNP hasil satu tandukan pada minit ke-86.


PEMAIN Sabah, Ummareng Bacok (tengah) dihadang oleh pemain PKNP FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

1 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم