Anak Sabah Ini Akan Mewakili Malaysia Ke Asia's Got Talent 2017
Jika musim lalu menyaksikan kumpulan dari Borneo, Sada Borneo berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan persembahan unik mereka pada pertandingan Asia's Got Talent, untuk musim kali ini juga seorang anak tempatan telah menempah tiket untuk ke pertandingan Asia's Got Talent 2017 yang akan membuka tirainya kelak.
Bagi Rhowell Roland Raymond Pagi, 26 tahun dari Tuaran Sabah ini, terpilih untuk ke pertandingan bertaraf Asia ini merupakan platform terbaik untuknya berkongsi bakat yang ada.Guru muzik yang juga mengajar vokal, piano dan koir ini tidak menyangka atas usaha rakan-rakan dalam memberikan galakan membuatkan dia mahu mencuba dan akhirnya terpilih untuk mempersembahkan bakatnya di hadapan juri-juri yang terdiri daripada David Foster, Anggun dan Jay Park.
"Saya rasa amat bersyukur, gementar, teruja dan gembira sampai tak lalu makan dan minum, haha", ujarnya ketika ditemubual.
Tambah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Muzik) di Universiti Malaysia Sabah ini lagi, "saya akan pastikan saya mendapat rehat yang cukup, jaga kesihatan dan berlatih dengan cukup demi memberikan persembahan yang terbaik.
Saya harapkan juri-juri akan menerima bakat dan akan memberi peluang kepada saya untuk ke peringkat seterusnya".
Bakal terbang pada 6 Ogos ini bagi pertandingan Asia's Got Talent, ayuh kita semua berikan sokongan padu buat Rhowell dalam usahanya memperkenalkan Malaysia di mata Asia.
Selamat maju jaya kami ucapkan pada Rhowell dan anak Malaysia boleh!!
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق