Sabah melangkah Suku Akhir Piala Malaysia 2018

PEMAIN Sabah, Rodoljub Paunovic (dua dari kanan) meraikan gol kedua bersama rakan ketika menentang Selangor pada saingan Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Piala Malaysia: Selangor tersingkir awal

SELANGOR 1-2 SABAH

Juara terbanyak Piala Malaysia, Selangor menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan itu musim ini selepas tewas 2-1 kepada Sabah di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Selangor yang juga juara 33 kali piala tertua dalam kancah liga tempatan itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, sekali gus menyaksikan mereka menghuni kedudukan tercorot Kumpulan D, tanpa sebarang mata.

Bagi Sabah pula, kemenangan itu membolehkan mereka naik ke tangga teratas kumpulan selepas mengumpul 10 mata, dua mata di depan Pahang di tangga kedua.


Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Selangor yang terdesak mencari kemenangan dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat menerusi Hector Omar Lebron yang menyudahkan hantaran Rodoljub Paunovic pada minit ke-52.


Tersentak dengan jaringan itu, Selangor menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan namun kegagalan jentera serangan yang diketuai Rufino Segovia menyudahkan beberapa peluang terhidang menyaksikan tiada jaringan dapat dihasilkan.

Sebaliknya Sabah menambah jaringan kedua menerusi percubaan jarak dekat Paunovic pada minit ke-86.

Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan dalam masa kecederaan selepas Segovia menyempurnakan sepakan penalti, namun sudah terlambat untuk membuka kembali peluang Red Giants ke suku akhir.

Tahniah SABAH RHINOS Bimbingan COACH JULIUS ATING kemenangan ketiga Tanpa kalah mendahului kumpulan. (PIALA FA) Kini melangkah ke suku Akhir$

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.