Misteri kehilangan pemandu Grab
Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa. Mayat lelaki itu ditemui penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, pada 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kampung berkenaan.“Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Walk About di Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.
Sementara itu, adik sepupu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mira, 27, berkata, ahli keluarga mangsa dalam perjalanan ke lokasi di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.
“Setengah jam lalu, kami dimaklumkan pihak polis terdapat satu mayat ditemui di lokasi dan ahli keluarga mangsa diminta ke lokasi untuk membuat pengecaman.
“Buat masa ini, kami belum dapat memastikan mayat ditemui itu adalah ahli keluarga kami yang hilang atau sebaliknya,” katanya.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.
Bagaimanapun kereta dipandu mangsa ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.
Pemeriksaan mendapati kereta mangsa berkunci sebelum menyedari terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:55 PM
#HarianMetro
"Guys, member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah.
Harap tiada apa-apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini," demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam.
Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019
Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar.
Dalam laporan Harian Metro, polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang, hari ini.
Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan.
Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa.
"Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah," tweetnya.
Dukacita dimaklumkan , mayat telah disahkan oleh ahli keluarga . Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar , semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-fatihah— Azuljailani (@AzulJailani) May 27, 2019
Hilang Sejak Dua Hari Lepas, Pemandu Grab Dilapor Hilang Ditemui Sudah Tidak Bernyawa.
Kereta mangsa dijumpai dengan kesan darah pada bahagian stereng, kusyen dan sisi pintu bahagian pemandu dipercayai milik mangsa yang ketika itu masih belum dijumpai di Indah Permai, belakang Giant di tapak meletak kenderaan berhampiran bazar.
Kronologi kes kehilangan tersebut dikongsikan rakannya, AzulJailani di Twitter.
25 Mei
“Guys, member aku hilang semalam dan kemungkinan kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah, harapnya tak ada apa yang buruk jadi pada dia bulan Ramadhan ni.”Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019
26 Mei
AzulJailani memuat naik gambar rakannya yang masih belum ditemui dengan harapan mendapat maklumat lanjut daripada orang ramai.“Mohammad Hanafie Bin Jaafar
Last seen : 4am (25hb May 2019)
Kereta dia dijumpai di kawasan Indah Permai belakang Giant area parking dan tapak bazaar”
27 Mei
“Mayat dijumpai, kemungkinan Hanafie. Pakaian sama dengan kali terakhir dia dijumpai, tapi masih tak pasti sebab nak buat ujian DNA untuk kepastian.”Sejam kemudian, AzulJailani memaklumkan hasil pengecaman keluarga mangsa.
“Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah”
Kes ini turut mendapat perhatian Grab Malaysia yang bekerjasama menjalankan penyiasatan dengan pihak berkuasa.
“Terima kasih atas keprihatinan anda berkenaan isu ini. Mohon serahkan kepada kami kerana kes ini sedang dalam penyiasatan pihak Grab dengan kerjasama pihak berkuasa.”
Ketatkan pendaftaran penumpang Grab
Mangsa ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang keretanya dengan kesan jerutan di leher. Dalam kejadian tersebut, dompet dan telefon bimbit milik mangsa turut hilang. Berikutan itu, enam suspek termasuk warga asing ditahan.
Selain itu, video seorang warga emas yang menjadi pemandu Grab tular apabila mangsa ditembak seorang remaja yang merupakan penumpangnya. Video yang dipercayai dirakam melalui kamera telefon mangsa menunjukkan suspek mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri.
Risau dengan keselamatan pemandu Grab yang lain, para pengguna menuntut syarikat tersebut mengetatkan syarat untuk menjadi pengguna Grab.
“Dear GrabMy, tolonglah ketatkan syarat untuk daftar sebagai penumpang. Nak daftar sebagai pemandu bukan main 1001 syarat kau letak sampai dah nak kena ada psv bagai. Yang daftar sebagai penumpang ni senang-senang je boleh letak nama ‘iphone’ la ‘comel’ la ‘blues clues’ la.” kata Fitri Mn.
“Patut daftar pakai IC la.. Baru valid dan senang nak kenal pasti..” kata @CxptxinPxnthxr
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan penjenayah terlibat diberi hukuman berat.
Sumber: AzulJailani
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
So sad. Setuju agar pengguna grab mengguna MyaKad dan nama sebenar bagi mengawal jenayah ke atas pemandu grab.
ردحذفإرسال تعليق