Rodoljub Roki Paunovic ledak hatrik bantu Tembadau di Puncak Liga Perdana 2019

Aguinaldo kembali menceriakan penyokong Sabah apabila menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol lawan pada minit ke-37, sekali gus meletakkan pasukannya dua gol di hadapan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Paunovic cipta hatrik, Tambadau terus gah di persada liga

Jaringan hatrik Rodoljub Paunovic serta satu gol daripada Aguinaldo Mendes Veiga sudah cukup untuk memastikan Sabah terus unggul di persada Liga Perdana apabila membenam Sarawak 4-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad kendalian Jelius Ating itu kini sudah selangkah untuk beraksi dalam Liga Super musim depan, apabila hanya memerlukan satu mata lagi daripada baki empat perlawanan akan datang.

Beraksi di hadapan lebih 3,000 penyokong, termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tambadau tidak perlu menunggu lama untuk memperoleh gol pertama apabila Paunovic menyepak masuk bola hantaran Alto Linus pada minit ke-10.

Jaringan itu ternyata menaikkan semangat skuad tuan rumah yang hampir menghasilkan gol kedua menerusi sepakan percuma Ahmet Atayev pada minit ke-16, namun penjaga gol Sarawak, Shaiful Wazizi Mohammad, bertindak cemerlang untuk menepis bola keluar.


Separuh masa pertama juga menyaksikan Sabah menguasai hampir keseluruhan permainan dengan bahagian serangan skuad Ngap Sayot dilihat langsung tidak berpeluang untuk menghadirkan sebarang ancaman

Pada minit ke-32, gawang Sarawak hampir dibolosi lagi menerusi tandukan Aguinaldo yang mendapat hantaran Jenius Karib, namun Shaiful sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan.


Bagaimanapun, Aguinaldo kembali menceriakan penyokong Sabah apabila menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol lawan pada minit ke-37, sekali gus meletakkan pasukannya dua gol di hadapan.

Bermula separuh masa kedua, bekas penyerang Sabah yang kini menjadi kapten Sarawak, Bobby Gonzales, mengejutkan tuan rumah apabila menanduk masuk bola hasil satu sepakan sudut pada minit ke-58 bagi merapatkan kedudukan menjadi 1-2.


Tersentak dengan gol itu, Sabah kemudian terus melakukan serangan demi serangan bagi memburu gol ketiga dan berjaya memperolehnya pada minit ke-65 apabila Paunovic merembat masuk walaupun percubaan pertamanya sebelum itu berjaya dihadang penjaga gol lawan.


Penyerang dari Serbia itu kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-84 apabila melakukan penyudah baik selepas mendapat hantaran terus daripada Jenius bagi menjadikan kedudukan 4-1 dan ia kekal sehingga pengadil, S. Logeswaran, meniupkan wisel penamat.

Keputusan lain:

PULAU PINANG 4 NEGERI SEMBILAN 1

UKM 2 TERENGGANU II 4

**Kredit imej - Media SAFA
Picture
Pemain Sabah, Rodoljub Paunovic (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Sarawak, Hudson Dias De Jesus pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - NSTP/Edmund Samunting

Hatrik Paunovic pastikan kemenangan Sabah

Jaringan hatrik Rodoljub Paunovic memastikan Sabah terus gah di persada Liga Perdana apabila membenam Sarawak 4-1 di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.


Beraksi di hadapan lebih 5,000 penyokong, skuad Tambadau tidak perlu menunggu lama untuk memperolehi gol pertama apabila Paunovic menyepak masuk bola hantaran Alto Linus pada minit ke-10.

Jaringan itu ternyata menaikkan semangat skuad bimbingan Jelius Ating dan hampir menghasilkan gol kedua menerusi sepakan percuma Ahmet Atayev pada minit ke-16 namun penjaga gol Sarawak, Shaiful Wazizi Mohammad bertindak cemerlang menepis bola keluar.

Separuh masa pertama juga menyaksikan Sabah menguasai hampir keseluruhan permainan dengan bahagian serangan skuad Ngap Sayot dilihat langsung tidak berpeluang membahayakan kubu pertahanan tuan rumah.

Pada minit ke-32, gawang Sarawak hampir dibolosi lagi menerusi tandukan Aguinaldo Mendes Veiga yang mendapat hantaran Jenius Karib namun Shaiful sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun, Aguinaldo kembali menceriakan penyokong Sabah apabila menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol lawan pada minit ke-37, sekali gus meletakkan pasukannya dua gol di depan.

Bermula separuh masa kedua, bekas penyerang Sabah yang kini menjadi kapten Sarawak, Bobby Gonzales, mengejutkan tuan rumah apabila menanduk masuk bola hasil sepakan sudut pada minit ke-58 bagi merapatkan kedudukan.

Tersentak dengan gol itu, Sabah terus melakukan serangan demi serangan bagi memburu gol ketiga dan berjaya memperolehnya pada minit ke-65 apabila Paunovic merembat masuk bola walaupun cubaan pertamanya sebelum itu berjaya dihadang penjaga gol lawan.

Penyerang dari Serbia itu kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-84 apabila melakukan penyudah baik selepas mendapat hantaran terus daripada Jenius bagi menjadikan kedudukan 4-1 dan ia kekal sehingga pengadil perlawanan, S Logeswaran meniupkan wisel penamat.

Picture
KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LP18 LIGA PREMIER 2019 #LigaPremier2019

Dengan kemenangan itu juga, Sabah kini hanya memerlukan satu mata daripada baki empat perlawanan untuk mengesahkan tempat ke Liga Super, musim depan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم