Rosario julang nama Malaysia di Vietnam
Menewaskan sembilan lagi peserta lain pada peringkat akhir, kehebatan vokalnya menyanyikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis melayakkan Rosario membawa pulang hadiah wang tunai AS$3,000 dolar.
Bakat dari Tambunan itu menyifatkan kemenangannya itu tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada pihak-pihak tertentu.
“Puji Tuhan. Kemenangan saya di pertandingan Asean Song Contest 2019 di Vietnam semalam (Ahad) adalah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak yang percaya akan bakat saya.
“Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Radio TV Malaysia (RTM) kerana percaya dengan bakat saya dan Ernie Zakri untuk mewakili Malaysia di pertandingan yang sangat berprestij ini.
“Sesungguhnya kami sudah buat yang terbaik untuk membuktikan bahawa bakat-bakat yang ada di Malaysia tidak kurang hebatnya. Kenangan sepanjang bertanding di sana adalah memori terindah,” katanya.
Juara Bintang RTM 2016 itu turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada peminat dan keluarganya yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.
“Kepada semua peminat (sebenarnya saya lebih senang kalau saya panggil semua sahabat) dan keluarga, berkat doa dan sokongan padu dari kamu saya amat hargai.
“Hadiah kemenangan semalam adalah untuk anda semua yang tidak jemu-jemu menyokong saya dari awal sehingga kemuncak pertandingan,” katanya lagi.
Ketika dihubungi Hiburan Ekspres, Rosaria memberitahu dia juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah single, daripada wang kemenangannya itu, sebagai hadiah kepada penyokongnya dan rakyat Sabah, amnya.
“Ini adalah penyertaan pertama saya dalam pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa.
“Sudah tentu, saya berbangga kerana dapat mengharumkan nama negara, Sabah dan daerah kelahiran saya, Tambunan.
“Jadi, saya berhasrat untuk menghasilkan satu single sebagai hadiah kepada mereka yang tidak henti-henti memberikan sokongan,” katanya.
Dianjurkan oleh radio The Voice of Vietnam (VOV), pertandingan dwitahunan itu berjaya menarik 22 penyanyi profesional berumur 18-35 tahun daripada 10 negara Asia Tenggara dan empat penyanyi jemputan daripada China, Korea Selatan dan Jepun.
Para peserta perlu mengharungi peringkat separuh akhir dan akhir, dengan panel juri datang daripada Filipina, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Kemenangan Rasario itu bukan satu-satunya pengiktirafan antarabangsa diterima bakat Sabah. Bulan ini, seorang lagi penyanyi Sabah, Eylia Eyra Guntabid mengharumkan nama Malaysia apabila membawa pulang lapan pingat emas dalam Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California, Amerika Syarikat, dari 12 hingga 21 Julai lalu.
Rosario juara Asean Song Contest 2019
PENYANYI Rosario bangga dapat mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan juara pertandingan nyanyian Asean Song Contest 2019 yang berlangsung di Vietnam.Rosario atau nama penuhnya Rosario Ninih Chamini Bianis, 25, mengakui sangat terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat yang tidak putus daripada penyokongnya.
Puji Tuhan. Kemenangan saya di pertandingan Asean Song Contest 2019 di Vietnam semalam adalah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak yang percaya akan bakat saya.
“Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Radio TV Malaysia (RTM) kerana percaya dengan bakat saya dan Ernie Zakri untuk mewakili Malaysia di pertandingan yang sangat berprestij.
Selain Rosario, Ernie Zakri turut mewakili Malaysia namun penyanyi Ku Bersuara itu terkandas di pusingan penentuan ke peringkat akhir.
Kenangan sepanjang bertanding di sana adalah memori terindah,” katanya.
Rosario yang juga bekas juara Bintang RTM 2016 mendedikasikan kemenangan itu buat keluarga serta peminat yang tidak pernah jemu menyokong kariernya.
“Kepada seluruh peminat, sahabat dan keluarga, saya sangat terharu dengan sokongan padu kalian. Doa dan sokongan kalian amat saya hargai.
“Hadiah kemenangan semalam adalah untuk kalian yang tidak jemu menyokong saya dari awal sehingga kemuncak pertandingan. Saya berharap agar kalian terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya.
Rosario yang berasal dari Tambunan, Sabah berjaya memukau juri serta penonton dengan kelantangan vokalnya menyanyikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis pada peringkat akhir itu.
Seramai 25 penyanyi dari Filipina, Indonesia, Korea, Vietnam, Myanmar, Malaysia, Jepun, Brunei, Kemboja, Thailand, Singapura, China, dan Laos bertanding dalam acara berkenaan.
Selain Rosario, Ernie Zakri turut mewakili Malaysia namun penyanyi Ku Bersuara itu terkandas di pusingan penentuan ke peringkat akhir.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق