PKP: Kerajaan Sabah kaji pelonggaran SOP

Sumber : Pejabat Ketua Menteri Sabah
PKP: Kerajaan Sabah kaji pelonggaran SOP

Kerajaan Negeri melalui Sabah Covid-19 Command Centre akan mengkaji terlebih dahulu pelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap keempat yang membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan memberi sedikit kelonggaran bagi SOP dalam PKP tahap keempat.

Sebelum ini hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan bergerak bagi membeli makanan dan barang keperluan harian.

Tentang undang undang baru kerajaan pusat membenarkan 2 orang keluar berurusan.


KM Sabah YB Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu bahawa Sabah COVID 19 Command Centre akan membuat keputusan secepat mungkin untuk ikuti undang undang tersebut atau tidak.

Ia bermaksud buat masa ini kita di Sabah masih perlu patuhi undang undang keluar seorangan.

Post a Comment

أحدث أقدم