Kerajaan negeri Sabah telah mengenal pasti pusat kuarantin sebagai persediaan untuk menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata antara pusat kuarantin itu adalah Kompleks Sukan Likas dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selain beberapa hotel.Dewan badminton Kompleks Sukan Likas di sini yang dijadikan Pusat Kuarantin pesakit COVID-19 yang baharu akan mula beroperasi minggu hadapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata, dewan itù telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM2 juta dan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan sejak 17 April lepas.
Katanya, pusat kuarantin itu menempatkan sebanyak 172 katil dan menjadi satu lagi cawangan kuarantin Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Katil yang disediakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas bagi menempatkan pesakit COVID-19.
Shafie mendengar taklimat Dr Christina di pusat kuarantin itu dan diperhatikan Frankie.
Ketua Menteri menyatakan demikian selepas melakukan lawatan ke dewan berkenaan pada Rabu dan diberikan taklimat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rudi.
Hadir sama Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Frankie Poon.
Menurut Shafie, pihaknya juga sudah bersedia menghadapi seberang kemungkinan peningkatan kes positif COVID-19 terutama jika Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.
Katil yang disediakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas bagi menempatkan pesakit COVID-19.
"Orang awam akan kembali kepada kehidupan normal di samping lebih banyak premis perniagaan dibuka, tentulah akan berlaku banyak kontek antara individu," katanya.
Bagaimanapun, tambah beliau, kerajaan negeri akan lebih teliti untuk memilih sektor yang akan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan permintaan dan keadaan semasa.
“Ini bukan bererti pusat kuarantin yang sedia ada tidak mencukupi, tetapi ia adalah persediaan untuk menangani wabak ini dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.
“Kita tidak dapat mengelak apabila beberapa perniagaan terpilih dibenarkan beroperasi secara berperingkat, kita tidak tahu (pesakit) pasti akan banyak berlakunya kontak (COVID-19),” tambahnya.
Mohd Shafie berkata ketika ini Kompleks Sukan Likas sedang dilengkapkan dengan kemudahan antaranya katil dan dijangka dibuka Ahad ini serta mampu menempatkan kira-kira 180 pesakit pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق