Kalau Di Kundasang, Boleh Bah Stay Sini
Ini 5 Tempat Penginapan AirBnB Mantap Dengan Permandangan Indah Di Kundasang.Sekiranya anda di Kundasang, Sabah, daripada anda menginap di hotel mewah, anda boleh sahaja menginap di rumah inap yang selesa (more privacy too!)
Lengkap dengan pemandangan yang indah serta cuaca yang sentiasa sedap, anda harus cuba tempat-tempat penginapan yang berikut sekiranya anda teringin untuk bercuti di Kundasang!
Kupi-Kupi & Stay
Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Ingin melakukan aktiviti Hiking di Maragang Hill untuk berselfie dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. Salah satu pilihan yang tepat di Kundasang adalah Kupi-Kupi & Stay!
Tempat penginapan ini terletak di perkampungan homestay yang tertinggi dan semestinya sejuk di Sabah. Terletak di Mesilau, Kundasang dan hanya 5 - 8 minit jarak dengan Desa Dairy Farm.
Antara tempat-tempat lain menarik berhampiran dengan homestay ini adalah Ladang ternakan tenusu Desa Cattle yang terkenal, Alpaca Club, Ladang Sayur segar Kundasang Aquafarm,D'masilau Rabbit Garden, Starting Point Maragang Hill dan Pekan Kundasang.
Penginapan berwarna warni ini menawarkan 13 Bilik yang mempunyai ruang cukup luas untuk penginapan sekitar 6 orang dewasa untuk setiap bilik. Terdapat banyak pilihan variati bilik buat keluarga besar yang ingin berkunjung ke Kundasang.
Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit turut disediakan.
Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini.
Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.
Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, Kupi-Kupi & Stay dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: Kampung Mesilau, Kundasang 89308 Ranau
TEMPAH SEKARANG DARI RM 250
Mountain View Lumava Homestay Ranau
Tempat penginapan ini terletak 5-10 minit dari Pekan Ranau, anda akan menikmati pemandangan yang indah dengan adanya pemandangan gunung Kinabalu yang jelas. Selain menikmati pemandangan, anda boleh juga melakukan aktiviti luar seperti memancing di sebuah tasik berdekatan iaitu tasik Lompoyau. Sesuai untuk de-stress, anda boleh bersantai di spa ikan Bombon Marakau yang terletak tidak jauh dari homestay ini. Anda juga boleh berkunjung ke Ranau Rabbit Farm yang terletak 10 minit dari tempat penginapan ini. Jika anda inginkan kesenyapan, tempat penginapan ini sesuai untuk anda kerana rumah ini terletak dalam perumahan yang senyap.Anda akan perlu menyewakan satu rumah sekiranya anda berminat untuk menginap di sini. Ia sesuai juga untuk sekeluarga atau sekiranya anda dan sekumpulan kawan berminat untuk getaway ke sini, malah tempat menginap ini dilengkap dengan kemudahan. Jangan lupa bawa baju panas kerana cuaca di sini sentiasa sejuk terutamanya pada waktu pagi dan waktu malam!
The Hill Kinabalu, Kundasang, Ranau
Merupakan sebuah tempat menginap yang kecil terletak 6km dari Kundasang, rumah ini menghadap Ranau di satu sisi dan gunung Kinabalu di satu sisi. Penginap akan menikmati pemandangan yang cantik serta kawasan yang luas, sesuai untuk anda yang suka berjalan-jalan sambil menikmati alam semula jadi. Salah satu ciri-ciri yang menarik adalah dining hall yang besar dan dapur yang memberikan pemandangan gunung Kinabalu yang jelas.Penginap juga dipersilakan untuk melakukan aktiviti BBQ disini dan sesuai untuk mengadakan parti. Semua bilik dilengkapi dengan bilik mandi masing-masing. Tempat penginapan ini terletak berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm (iaitu 11.5km dari sini), Poring Hot Spring, Taman Negara Kinabalu, pekan Ranau dan Kundasang, Kundasang War Memorials dan juga Arnab Village.
Syameen’s Kampungstay FH02 Quad Room
Tempat penginapan ini menyediakan 1 queen bed dan 1 bunk bed (sesuai untuk 4 orang). Berada di aras tinggi berbanding tempat penginapan lain di kawasan ini, ia menawarkan pemandangan padu di mana anda dapat melihat gunung Kinabalu, lembah yang indah dan seluruh bandar Kundasang!Jika anda kunjung pada musim yang tepat, anda berpeluang untuk melihat para petani mengendalikan ladang sayur mereka dan anda boleh juga minta sayur dari mereka!
Kinabalu Mountain Lodge
Sebuah mountain lodge yang sejuk dan selesa, ia terletak berdekatan HQ Taman Kinabalu (2km berjalan kaki), di mana anda dapat menikmati keindahan alam hutan serta menikmati penjalanan kaki dari persimpangan ke rumah ini.Sesuai untuk mereka yang minat alam semula jadi, anda akan menikmati penginapan anda disini dikelilingi alam semula jadi iaitu hutan di Taman Kinabalu. Untuk makanan, pihak pengurusan menghidangkan makanan vegetarian sebagai usaha untuk menjadi mesra alam tetapi mereka ada juga menjual makanan ringan, bir, kopi, teh, milo dan mi segera.
Amazing Grace Lodge 1
Terletak di tapak warisan dunia Gunung Kinabalu, ia menawarkan bilik dengan pemandangan gunung dan penginap akan menikmati cuaca yang sejuk. Anda juga akan menikmati pemandangan kota Kundasang yang menyegarkan.Balkoni dan ruang serbagunanya besar dan dapat menampung sebanyak 35 orang. Dapur juga lengkap dengan kemudahan dan tempat BBQ juga disediakan. Bagi peminat flora, homestay ini dikelilingi bunga rare iaitu bunga Balsom dan landskap orkid. Anda juga boleh beri makanan ikan di sebuah kolah berdekatan. Jadi dah boleh lah start packing barang anda dan mari bercuti bersama yang tersayang ke Kundasang, Sabah. Buat apa rancang ke tempat yang jauh sehingga ke New Zealand semata-mata untuk melawat Dairy Farm kalau kita boleh lawat di Kundasang sahaja. Seperti peribahasa ibunda kita, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Kundasang sememangnya destinasi pilihan untuk ramai pelancong tak kira dalam dan luar negara! Jika anda masih lagi tercari-cari penginapan yang sesuai di Kundasang untuk percutian anda, jangan risau!
Bah, apa lagi? Belum tahu kalau belum cuba bah kan? Have a pleasant stay, and stay safe from COVID-19!
Kongsikan artikel ini:
إرسال تعليق