Satu mayat bayi ditemukan dalam sangkar kumbahan berhampiran Sepanggar, petang tadi.
K etua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji ketika dihubungi wartawan RTM di Kota Kinabalu memberitahu, mayat bayi tersebut ditemukan seorang pekerja Jabatan Kerja Raya yang sedang membuat pembersihan.Pihak polis Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1:30-petang.
Beliau bagaimanapun masih menunggu laporan punca kematian daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan polis.
ACP Habibi juga telah meminta pihak hospital untuk mengesan mana-mana wanita baru melahirkan anak dan mendapatkan rawatan di hospital.
Maklumat lanjut akan di kemaskini.
إرسال تعليق